Persedian Akhir dan peringatan buat diri Sendiri di Akademi Tentera Darat 2020
Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Arang
Assalamualaikum dan selamat pagi buat rakanx.
Dalam beberapa hari lagi aku dan rakanx yang lain akan melapor di ATD. Jadi aku dikesempatan ini nak memohon beribu keampunan dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada buat salah dan berhutang secara langsung dan tidak langsung sepanjang aku hidup. Perasaan bercampur ada suka, ada duka. Semoga kalian doakan keselamatan, kesihatan dan kecekalan aku dan rakanx yang lain dalam keadaan baik didalam sana nanti.
Okay, berbalik pada persediaan akhir adalah perkara yang perlu disemak antaranya dokumentasi, dan peralatan yang perlu dibawa disana. Jadi secara keseluruhan aku bawak 3 iaitu 1 bagasi bersaiz besar, beg galas, dan 1 beg bersaiz sederhana. Seterusnya dalam persediaan akhir untuk fizikal dan mental, aku hanya lakukan senaman yang ringan seperti contoh TABATA, dan berlari santai selama 30 minit. Banyakkan memlayari dan membaca pandangan dan tips penjagaan kaki dan keselamatan didalam aktiviti berlari, dan teknik yang betul dalam aktivti sit-up dan push-up.
Pesanan untuk diri sendiri,
-solat, membaca Al-Quran jangan tinggal.
-mintak restu dan maaf dari keluarga dan rakanx yang lain.
-sentiasa berbuat baik sesama rakanx
-jangan pentingkan diri dan hormat sesama lain
-amalkan budaya bekerjasama antara satu sama lain
-setiap kali koyak atau hendak berputus asa ingat tujuan dan niat sebenar untuk masuk tentera.
-peluang datang sekali, jadi manfaatkan sebaik mungkin (beribu calonx yang mohon tapi tak dapat dan tidak dipanggil untuk ke peringkat seterusnya)
-ingat asal usul keluarga dan bantu keluarga untuk meringankan beban mereka.
-jaga pergaulan dan mulut (kerana mulut badan binasa)
-amalkan budaya positif setiap kali menerima hukuman
-pilih rakanx yang baik dan membantu kita sehingga peringkat akhir.
-tiada yang mustahil
-cari kawan jangan cari lawan, Sonaone, 2017
Kesimpulannya, doakan aku dan rakanx yang lain dapat mengharungi cabaran di ATD nanti. Semoga pada rakanx yang meminati sesuatu pekerjaan kejar sehingga dapat dan setiap pekerjaan ada baik, dan buruk. Semoga rakanx semua dapat menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, agama, keluarga dan masyarakat setempat !
Bismillah
Assalammualaikum tuan, kiranya skrg tuan dh hbis training 9 bulan?
ReplyDelete