Persediaan Melapor ke Akademi Tentera Darat 2020

PERSEDIAAN MELAPOR KE AKADEMI TENTERA DARAT 2020

Assalamualaikum dan selamat pagi rakanx. 

Harini aku nak kongsikan persediaan sebelum melapor ke Akademi Tentera Darat, Port Dickson pada awal September 2020. Syukur kehadrat ilahi kerana aku dan rakanx yang lain dipanggil untuk ke ATD, PD setelah sekian lama menunggu keputusan yang sepatutnya keluar pada bulan Mei 2020 dek kerana wabak coronavirus yang melanda di dunia. Untuk pengetahuan rakanx, untuk perkhidmatan darat akan ditempatkan di ATD, Port Dickson, laut di KDSI 1, Lumut dan udara di KTU, Kedah. 

Antara persediaan awal yang perlu dilaksanakan sebelum melapor adalah melengkapkan borang dokumentasi seperti kad pengenalan , ibu bapa, suami isteri (sekiranya berkahwin) sijil SPM, berhenti, Ijazah dan lain lain . Selain itu, korang juga perlu mengikut keperluan pakaian yang ditetapkan dalam surat tawaran seperti baju kemeja putih, baju batik, baju melayu, dan pakaian pakaian yang akan digunakan disana nanti. Dalam hal ini, aku hanya menggunakan pakaian dan kelengkapan dari pakaian terpakai kerana dalam situasi aku yang tidak berapa baik dalam kewangan dan ada beberapa perkara yang perlu dikorbankan wang saku dalam kuantiti yang banyak iaitu kasut. Kasut perlulah berkualiti dan dapat mengurangkan bebanan pada kaki kita kerana tiapx hari berlari. Jadi korbankanlah wang saku lebih demi menjaga kaki kita untuk jangka masa yang panjang.

Okay setakat ini, kos aku belanjakan untuk persediaan untuk melapor adalah anggaran kurang dari RM 1500. Alhamdulillah dengan hasil usaha dan kerja sementara di pasar pagi dan kerja katering pada waktu tertentu dapat menyediakan kelengkapan yang diperlukan secara runcitx. Selain itu, aku juga melakukan latihan ringan seperti push-up, sit-up dan jogging selama 30 minit untuk mendapatkan kekuatan dan stamina walaupun tahu di dalam sana akan luar biasa suasana. 

Tambahan pula, aku juga meminta pandangan dan pendapat daripada calonx yang pernah melalui di ATD pada tahun 2019 dan 2018. Terima kasih pada tuanx & puanx yang sudi berkongsi pandangan dan pendapat , semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki tuanx & puanx dimasa akan datang. 

Doakan aku dan rakanx yang lain dapat mengharungi cabaran di ATD tersebut selama 9 bulan dan dapat ditauliahkan. 

p/s : pakaian dan kelengkapan tentera akan diperoleh didalam sana
      : bijak berbelanja
      : jangan ikut orang yang palatau, tak tahu tanya pada saluran yang betul. 
      : pada calon yang gagal temuduga 2020, jangan putus asa . Semoga kalian dipermudahkan urusan :)



Ig : @sayamabr

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga Pegawai Kadet(Graduan) 2020

Persedian Akhir dan peringatan buat diri Sendiri di Akademi Tentera Darat 2020