Pengalaman Temuduga Pegawai Kadet(Graduan) 2020
Assalamualaikum dan selamat pagi buat rakanx.
Harini aku nak kongsikan pengalaman aku sewaktu temuduga pegawai kadet graduan ATM yang bertempat di 8 RRD, Melaka. Alkisah bermula semasa bulan September 2019, pihak Cawangan Tenaga Kerja (CTK) mengwar-warkan permohonan pegawai kadet graduan ATM di media sosial. Jadi aku mengisi borang melalui online form yang disediakan oleh pihak CTK.
Berbalik pada cerita kita, pada awal Januari 2020, aku telah mendapat satu mesej dan group dari Whatsapp pegawai yang bertugas mengenai temuduga pada bulan Februari di Melaka. Sebelum menghadiri temuduga tersebut terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan antaranya borang, dokumen seperti salinan kad pengenalan, ibu bapa, sijil SPM, Ijazah, dan lain lain yang berkaitan.
Pada awal Februari aku menghadiri temuduga tersebut selama 4 hari 3 malam di 8 RRD, Melaka. Antara intipati selama 4 hari tersebut adalah pada hari pertama semakan dokumentasi, ujian kesihatan meliputi semua aspek iaitu telinga, gigi, berat, tekanan darah, mata, ukur lilit dada, darah, urine, dan dalaman, Jadi pastikan korang melakukan persediaan dan membersihkan anggota badan yang patut. Semasa ujian kesihatan ada beberapa calon yang dihantar pulang atas sebabx tertentu antaranya mata, kaki, dan lain lain. Seterusnya, adalah ujian bertulis pada sebelah malam ada 7 ujian bertulis merangkumi semua aspek antaaranya ujian profiling ATM, pengetahuan AM , Kepimpinan, dan lain lain.
Pada hari kedua, ujian fizikal 2.4km dibawah 10 minit laluan kami diuji didalam kem 10 Para. Sit-up selama 2 minit, Push-up selama 2 minit dan Lompat jauh setempat sejauh 2.4 meter. Setiap ujian fizikal ini dikira merit. Jadi korang jangan risau hanya buat yang terbaik dan lakukan latihan secukupnya sebelum menghadiri temuduga. Selain itu, selesai ujian fizikal kitaorang pulang ke 8 RRD untuk ujian public speaking bersama pegawai KPA yang terlibat. Pada bangsa Melayu akan berbahasa Inggeris manakala bangsa lain akan berbahasa Melayu. Tajuk yang korang akan bentangkan adalah isux semasa antaranya bencana alam, tumbuh tumbuhan dan lain lain. Waktu diberi selama 5 minit , 2 minit untuk persediaan dan 3 minit pembentangan. Pada sebelah malam pula sambungan ujian bertulis.
Pada hari ketiga, persediaan dan taklimat mengenai temuduga lembaga awal. Gambaran temuduga awal ini kita akan ditemuduga secara beramai ramai didalam satu bilik dan dipantau oleh panelx yang mewakili perkhidmatan darat, laut, udara dan beberapa panel yang lain. Temuduga awal ini berlangsung sehingga malam.
Pada hari keempat, kami dibenarkan pulang awal kerana yang hadir di Melaka seramai 47 orang sahaja calon. Selain itu, pegawai bertugas juga memberi nasihat supaya jaga diri dan kesihatan sewaktu tempoh yang akan dimaklumkan untuk melapor diri ke perkhidmatan masing masing pada bulan Mei 2020.
Pada waktu yang sama terdapat beberapa tempat pemilihan yang berlangsung di Semenanjung Malaysia antara Kedah, Johor, Perak dan Kelantan. Semoga calonx berjaya terpilih dan diserapkan ke perkhidmatan yang diidamkan.
p/s : Jangan terlalu mengharap perkhidmatan yang kita mohon tak dapat lagix Udara.
Bawak air minuman secukupnya
Instagram : @sayamabr
Terbaik amππππππ
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteππ»ππ»ππ»
ReplyDeleteMantap.. selamat berkhidmat Tuan.. π
ReplyDelete