Posts

Persedian Akhir dan peringatan buat diri Sendiri di Akademi Tentera Darat 2020

Image
Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Arang  Assalamualaikum dan selamat pagi buat rakanx. Dalam beberapa hari lagi aku dan rakanx yang lain akan melapor di ATD. Jadi aku dikesempatan ini nak memohon beribu keampunan dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada buat salah dan berhutang secara langsung dan tidak langsung sepanjang aku hidup. Perasaan bercampur ada suka, ada duka. Semoga kalian doakan keselamatan, kesihatan dan kecekalan aku dan rakanx yang lain dalam keadaan baik  didalam sana nanti. Okay, berbalik pada persediaan akhir adalah perkara yang perlu disemak antaranya dokumentasi, dan peralatan yang perlu dibawa disana. Jadi secara keseluruhan aku bawak 3 iaitu 1 bagasi bersaiz besar, beg galas, dan 1 beg bersaiz sederhana. Seterusnya dalam persediaan akhir untuk fizikal dan mental, aku hanya lakukan senaman yang ringan seperti contoh TABATA, dan berlari santai selama 30 minit. Banyakkan memlayari dan membaca pandangan dan tips penjagaan kaki dan keselamatan didalam akti

Persediaan Melapor ke Akademi Tentera Darat 2020

Image
PERSEDIAAN MELAPOR KE AKADEMI TENTERA DARAT 2020 Assalamualaikum dan selamat pagi rakanx.  Harini aku nak kongsikan persediaan sebelum melapor ke Akademi Tentera Darat, Port Dickson pada awal September 2020. Syukur kehadrat ilahi kerana aku dan rakanx yang lain dipanggil untuk ke ATD, PD setelah sekian lama menunggu keputusan yang sepatutnya keluar pada bulan Mei 2020 dek kerana wabak coronavirus yang melanda di dunia. Untuk pengetahuan rakanx, untuk perkhidmatan darat akan ditempatkan di ATD, Port Dickson, laut di KDSI 1, Lumut dan udara di KTU, Kedah.  Antara persediaan awal yang perlu dilaksanakan sebelum melapor adalah melengkapkan borang dokumentasi seperti kad pengenalan , ibu bapa, suami isteri (sekiranya berkahwin) sijil SPM, berhenti, Ijazah dan lain lain . Selain itu, korang juga perlu mengikut keperluan pakaian yang ditetapkan dalam surat tawaran seperti baju kemeja putih, baju batik, baju melayu, dan pakaian pakaian yang akan digunakan disana nanti. Dalam hal ini, aku hanya

Pengalaman Temuduga Pegawai Kadet(Graduan) 2020

Image
 Assalamualaikum dan selamat pagi buat rakanx.  Harini aku nak kongsikan pengalaman aku sewaktu temuduga pegawai kadet graduan ATM yang bertempat di 8 RRD, Melaka. Alkisah bermula semasa bulan September 2019, pihak Cawangan Tenaga Kerja (CTK) mengwar-warkan permohonan pegawai kadet graduan ATM di media sosial. Jadi aku mengisi borang melalui online form yang disediakan oleh pihak CTK.  Berbalik pada cerita kita, pada awal Januari 2020, aku telah mendapat satu mesej dan group dari Whatsapp pegawai yang bertugas mengenai temuduga pada bulan Februari di Melaka. Sebelum menghadiri temuduga tersebut terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan antaranya borang, dokumen seperti salinan kad pengenalan, ibu bapa, sijil SPM, Ijazah, dan lain lain yang berkaitan.  Pada awal Februari aku menghadiri temuduga tersebut selama 4 hari 3 malam di 8 RRD, Melaka. Antara intipati selama 4 hari tersebut adalah pada hari pertama semakan dokumentasi, ujian kesihatan meliputi semua aspek iaitu telinga, gigi,